PENGENALAN
Definisi Kata Ganda
- Kata yang mengalami proses pengulangan dan akan terbentuklah kata ganda.
- Proses pengulangan ini berlaku dalam 2 cara iaitu : Yang melibatkan seluruh kata dasar. Sebagai contohnya daun-daun, baik-baik dan tiap-tiap. Yang melibatkan sebahagian kata dasar sahaja Sebagai contohnya sesungut, jejantas, dan lelangit.
- Semua golongan kata yang terdiri dari kata nama, kata kerja dan kata adjektif dapat dijadikan sebagai kata ganda, namun secara umumnya kata ganda banyak melibatkan golongan kata nama.
- Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
- Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
- Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
- Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.
Terdapat Empat jenis Kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling